Lompat ke kandungan

Apakah Itu Syurga?

Apakah Itu Syurga?

Jawapan Bible

 Dalam Bible, perkataan “syurga” berasal daripada perkataan Ibrani sha·maʹyim. Perkataan ini boleh merujuk kepada: (1) Langit atau angkasa lepas; (2) alam roh; dan (3) kedudukan yang tinggi atau mulia secara kiasan. Dalam bahasa Melayu, perkataan ini diterjemahkan sebagai “syurga” atau “langit” mengikut konteks. a

  1.   Langit atau angkasa lepas. Dalam konteks ini, “langit” merujuk kepada atmosfera bumi, di mana angin bertiup, burung terbang, awan menghasilkan hujan dan salji, dan kilat memancar. (Mazmur 78:26; Amsal 30:19; Yesaya 55:10; Lukas 17:24) “Langit” juga bermaksud angkasa lepas, di mana terdapat “matahari, bulan, dan bintang.”​—Ulangan 4:​19; Kejadian 1:1.

  2.   Alam roh. Istilah “syurga” juga merujuk kepada syurga rohani, atau alam roh, iaitu alam kehidupan yang lebih tinggi dan yang terletak di luar alam semesta fizikal. (Yohanes 6:​38) Syurga rohani ini dihuni oleh Tuhan Yehuwa, yang merupakan “Roh,” dan juga oleh malaikat-malaikat yang diciptakan-Nya. (Yohanes 4:​24; Matius 24:36) Ada kalanya, alam roh dan malaikat di situ juga dipanggil “langit.”​—Mazmur 89:​5, Alkitab Versi Borneo.

     Bible juga menggunakan “syurga” untuk merujuk khasnya kepada bahagian alam roh di mana Yehuwa tinggal. (1 Raja-Raja 8:​43, 49; Ibrani 9:​24; Wahyu 13:6) Contohnya, Bible menubuatkan bahawa Syaitan dan roh-roh jahat akan diusir dari syurga dan tidak lagi dibenarkan untuk masuk ke hadirat Yehuwa. Walaupun demikian, roh-roh ini tetap berada di alam roh.​—Wahyu 12:​7-9, 12.

  3.   Kedudukan yang tinggi atau mulia secara kiasan. Bible menggunakan “syurga” untuk melambangkan kedudukan yang tinggi, biasanya sehubungan dengan pihak pemerintah yang berkuasa. Kedudukan sebegini mungkin dimiliki oleh:

Bagaimanakah keadaan di syurga?

 Alam roh sibuk dengan aktiviti. Alam ini diduduki oleh beratus-ratus juta makhluk roh yang “melakukan perintah [Yehuwa].”​—Mazmur 103:20, 21; Daniel 7:​10.

 Bible menggambarkan syurga sebagai tempat yang diterangi dengan gemilang. (1 Timotius 6:​15, 16) Nabi Yehezkiel dan Daniel telah menerima penglihatan tentang keadaan di syurga. Yehezkiel nampak “cahaya berkilauan,” manakala Daniel melihat “api mengalir” dari takhta Tuhan. (Yehezkiel 1:​26-​28; Daniel 7:​9, 10) Syurga ialah tempat yang suci, atau bersih, dan indah.​—Mazmur 96:6; Yesaya 63:15; Wahyu 4:​2, 3.

 Secara keseluruhan, Bible memberikan tanggapan bahawa syurga amat mengagumkan. (Yehezkiel 43:​2, 3) Walau bagaimanapun, manusia tidak dapat memahami keadaan syurga dengan sepenuhnya kerana semua ini di luar pemahaman kita.

a Nampaknya, perkataan Ibrani bagi “syurga” berasal daripada kata dasar yang bermaksud “tinggi,” atau “mulia.” (Amsal 25:3; Mazmur 102:20) Lihat The New Brown, Driver, and Briggs Hebrew and English Lexicon of the Old Testament, muka surat 1029.

b McClintock and Strong’s Cyclopedia menyatakan bahawa langit baharu di Yesaya 65:17 melambangkan “sebuah pemerintahan baharu, kerajaan baharu.”​—Jilid IV, muka surat 122.