Lompat ke kandungan

Apakah Pandangan Bible tentang Perkahwinan Campur?

Apakah Pandangan Bible tentang Perkahwinan Campur?

Jawapan Bible

 Tuhan membenarkan dua orang daripada bangsa yang berlainan untuk berkahwin. Bible menyatakan, “Tuhan tidak berat sebelah. Orang daripada bangsa apa pun . . . diperkenankan-Nya.”—Kisah 10:34, 35.

 Perhatikan beberapa lagi prinsip Bible tentang perkahwinan, dan pandangan Tuhan tentang orang daripada pelbagai bangsa.

Semua bangsa berasal daripada satu leluhur

 Semua manusia ialah keturunan Adam dan Hawa. Bible bahkan memanggil Hawa sebagai “ibu semua manusia.” (Kejadian 3:20) Itulah sebabnya Bible menyatakan, “Daripada seorang manusia, [Tuhan] menjadikan semua bangsa.” (Kisah 17:26) Ya, semua manusia adalah sebahagian daripada sebuah keluarga yang besar. Maka bagaimanakah anda dapat menangani sikap prasangka atau pandangan masyarakat setempat jika anda ingin berkahwin dengan orang daripada bangsa yang lain?

Orang bijaksana sudi dibawa berbincang

 Tuhan menerima perkahwinan campur, tetapi ada banyak orang yang tidak menerimanya. (Yesaya 55:8, 9) Jika anda ingin berkahwin dengan orang daripada bangsa yang lain, anda dan bakal teman hidup anda patut membincangkan soalan-soalan yang berikut:

  •   Bagaimanakah anda dapat mengatasi tekanan daripada keluarga dan masyarakat setempat?

  •   Bagaimanakah anda akan membantu anak-anak anda untuk menangani sikap prasangka orang lain?

 Jika anda sudi berbincang dengan bakal teman hidup anda, anda berdua akan dapat menikmati perkahwinan yang bahagia.—Amsal 13:10; 21:5.