Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

JW LIBRARY BAHASA ISYARAT

Jimat Ruang dalam Alat Anda

Jimat Ruang dalam Alat Anda

Guna ciri-ciri ini untuk jimat ruang dalam alat anda dan guna memori yang terhad dengan cara yang terbaik.

 Pilih resolusi video

Semasa muat turun video, pilihlah resolusi video yang anda mahu. Pilih resolusi yang rendah untuk jimat lebih banyak ruang dalam alat anda. Jika anda sudah muat turun video yang ada resolusi yang lebih besar, anda boleh padamkannya dan muat turun sekali lagi dengan resolusi yang lebih rendah.

Tip: Jika skrin alat anda kecil, contohnya skrin telefon, resolusi 360p sudah cukup baik. Jika anda menggunakan komputer atau TV, resolusi yang lebih tinggi, contohnya 720p, adalah lebih baik.

 Stream video

Jika ruang dalam alat anda tidak cukup, cubalah ciri stream video dan bukannya ciri muat turun. Alat anda mesti mempunyai sambungan Internet untuk stream video.

  • Tekan pada mana-mana video untuk stream video itu.

  • Jika anda mahu tonton video pada masa lain tanpa sambungan Internet, klik butang Muat Turun. Jika anda berada di tab Bible, tekan lama (atau guna tetikus untuk klik kanan) pada bab tertentu untuk lihat senarai resolusi video.

 Padam video yang dimuat turun

Selepas suatu waktu, anda mungkin tidak lagi menggunakan sesetengah video yang sudah dimuat turun. Ikut langkah berikut untuk cari dan padamkan video yang tidak lagi diperlukan:

  1. Pergi tab Bahan Terbitan atau Media, dan klik Sudah Dimuat Turun.

  2. Klik butang Susun Ikut dan pilih opsyen yang anda mahu. Opsyen Saiz Terbesar akan meletakkan video yang bersaiz besar di bahagian paling atas. Opsyen Jarang Digunakan akan meletakkan video yang anda paling jarang lihat di bahagian paling atas.

  3. Untuk padamkan video, klik butang Lebih Banyak dan klik Padam.

 Muat turun video ke lokasi lain

Sesetengah alat membolehkan anda jimat ruang dalam alat dengan menyimpan video pada kad SD atau dalam pemacu keras (hard drive) lain.

  1. Pergi tab Tetapan.

  2. Klik Muat turun video ke.

  3. Pilih lokasi muat turun yang anda mahu.

Mulai sekarang, semua video yang anda muat turun akan disimpan di lokasi baharu itu. Video yang sudah anda muat turun sebelum ini tidak akan dipindahkan ke sana.

Untuk alat Windows, pemacu keras dalaman mungkin tidak termasuk dalam senarai opsyen. Jika lokasi yang anda carikan tiada dalam senarai, ikut langkah ini:

  1. Buka File Explorer dan pilih tab Lihat.

  2. Klik Anak Tetingkap Navigasi, dan pastikan kotak Tunjuk Pustaka telah ditandakan.

  3. Kembangkan Pustaka dalam senarai folder, klik kanan pada Video, dan klik Sifat-Sifat.

  4. Tambahkan lokasi muat turun yang anda mahu ke dalam senarai Lokasi Pustaka.