Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

LAMAN WEB JW.ORG

Cari Bahan dalam Bahasa Lain

Cari Bahan dalam Bahasa Lain

Jika anda sedang mempelajari bahasa baharu atau ingin berkongsi maklumat dari jw.org dengan seseorang yang bertutur dalam bahasa lain, gunakan salah satu daripada tiga cara yang berikut untuk mencari bahan dalam bahasa yang anda ingini.

 Tukar bahasa laman web

Klik butang Bahasa untuk memaparkan senarai lengkap bahasa yang terdapat di jw.org.

Ikon di sebelah kiri setiap bahasa dalam senarai menunjukkan:

  • Seluruh atau sebahagian daripada laman web telah diterjemahkan ke dalam bahasa tersebut. Klik bahasa tersebut untuk menukar bahasa laman web anda.

  • Laman web belum diterjemahkan ke dalam bahasa tersebut, tetapi bahan terbitan telah disediakan dan dapat dimuat turun. Klik bahasa untuk melihat senarai bahan terbitan yang tersedia.

  • Ikon ini merujuk kepada bahasa isyarat. Kebanyakan bahan bahasa isyarat terdapat dalam format video.

    Klik petak Bahasa Isyarat Sahaja untuk hadkan senarai kepada bahasa isyarat sahaja.

Memandangkan senarai tersebut mengandungi ratusan bahasa, gunakan salah satu cara berikut untuk mencari bahasa pilihan anda dengan lebih mudah:

  • Pilih bahasa kegemaran anda: Empat bahasa yang anda pilih baru-baru ini ditunjukkan di bahagian atas senarai.

  • Taip nama bahasa: Taip beberapa huruf daripada nama bahasa, sama ada dalam bahasa anda atau bahasa sasaran. Misalnya, jika anda ingin menukar bahasa laman web anda daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris, anda boleh taip “Inggeris” atau “English.” Semasa anda taip setiap huruf, senarai akan berkurang kepada nama bahasa yang sepadan dengan apa yang anda taip.

 Paparkan halaman tertentu dalam bahasa lain

Kaedah 1: Gunakan kaedah ini pada halaman yang mempunyai senarai Baca dalam Bahasa.

Buka rencana yang ingin anda baca atau kongsi dengan orang lain. Kemudian, pilih bahasa yang terdapat dalam senarai Baca dalam Bahasa untuk membuka rencana dalam bahasa tersebut. (Jika bahasa yang anda cari tidak terdapat dalam senarai Baca dalam Bahasa, ini bermaksud rencana itu belum diterbitkan dalam bahasa tersebut.)

Tip: Dalam senarai Baca dalam Bahasa, ikon audio di sebelah kiri nama bahasa menunjukkan bahawa terdapat rakaman audio untuk rencana dalam bahasa tersebut.

Jika anda menggunakan senarai Baca dalam Bahasa untuk memaparkan rencana dalam bahasa lain, hanya rencana tersebut dipaparkan dalam bahasa sasaran. Bahasa laman web masih menunjukkan bahasa asal anda.

Kaedah 2: Jika rencana yang anda baca tidak mempunyai senarai Baca dalam Bahasa, klik butang Bahasa untuk menukar laman web kepada bahasa yang anda mahu. Jika rencana yang anda baca terdapat dalam bahasa yang anda pilih, halaman itu akan memaparkan rencana tersebut. Jika tiada rencana dalam bahasa itu, anda akan dibawa ke laman utama bahasa yang anda pilih.

 Cari bahan terbitan dalam bahasa lain

Pergi ke PERPUSTAKAAN. Pilih bahasa daripada senarai Bahasa.

Memandangkan senarai tersebut mengandungi ratusan bahasa, anda boleh klik senarai Bahasa, kemudian taipkan nama bahasa untuk hadkan senarai bahasa yang sepadan dengan apa yang anda taip.

Jika bahasa yang anda pilih mempunyai banyak bahan terbitan, halaman PERPUSTAKAAN hanya memaparkan sesetengah bahan terbitan. Untuk mencari lebih banyak bahan terbitan dalam bahasa yang anda pilih, pergi ke salah satu halaman bahan terbitan (contohnya, BUKU & BROSUR atau MAJALAH).

Jika bahan terbitan sedemikian tidak ada dalam bahasa yang anda pilih, anda akan melihat pautan yang menunjukkan bahan terbitan yang ada untuk bahasa yang anda pilih.