Lompat ke kandungan

15 OGOS 2019
AMERIKA SYARIKAT

Phoenix, Amerika Syarikat—Konvensyen Antarabangsa 2019 “Kasih Itu Abadi”!

Phoenix, Amerika Syarikat—Konvensyen Antarabangsa 2019 “Kasih Itu Abadi”!
  • Tarikh: 9-11 Ogos 2019

  • Lokasi: Chase Field di Phoenix, Arizona, Amerika Syarikat

  • Bahasa: Inggeris

  • Bilangan Tertinggi Hadirin: 40,237

  • Jumlah Orang yang Dibaptis: 352

  • Bilangan Wakil dari Negara Lain: 5,000

  • Cawangan yang Dijemput: Australasia, Britain, Chile, Eropah Tengah, Greece, India, Itali, Kanada, Korea, Micronesia, Perancis, Skandinavia, Sri Lanka, Tahiti, Thailand, Trinidad dan Tobago, Turki

  • Pengalaman Tempatan: Steve Moore, presiden dan CEO bagi syarikat Visit Phoenix, yang membantu dalam mengaturkan konvensyen, hotel, dan tempat peranginan di kawasan Phoenix, berkata, “Sudah lama saya melakukan kerja ini, dan saya rasa [konvensyen ini] merupakan yang paling teratur. Saya bangga untuk bekerjasama dengan anda. Tambahan pula, anda berjanji untuk membersihkan stadium sebelum anda beredar. Tidak pernah sesiapa pun yang buat begitu sebelum ini.”

 

Kedatangan para wakil negara lain dialu-alukan semasa mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sky Harbor, Phoenix

Saudara saudari dari Phoenix bersedia untuk mengalu-alukan wakil konvensyen ke salah sebuah hotel mereka

Ratusan saudara saudari dengan ghairah mengalu-alukan wakil konvensyen semasa mereka tiba di Chase Field pada pagi Jumaat

Beberapa wakil konvensyen yang berpakaian tradisional sedang mendengar program

Dua daripada 352 orang saudara saudari yang dibaptis

Saudara Samuel Herd, seorang ahli Badan Pimpinan, menyampaikan ceramah penutupan pada hari kedua konvensyen

Para wakil konvensyen menangkap gambar semasa melawat taman negara

Para saudara duduk di kereta kuda semasa pameran bersejarah zaman Amerika Barat, abad ke-19

Pelawat pekhidmat sepenuh masa berjalan ke padang semasa program penutupan hari Ahad