Lompat ke kandungan

Kiri: Kebakaran liar merebak di bandar Kihei, Maui. Kanan: Pandangan atas kemusnahan yang berlaku di Lahaina, Maui

11 OGOS 2023 | DIKEMASKINIKAN: 29 SEPTEMBER 2023
AMERIKA SYARIKAT

TERKINI—Kebakaran Liar Mengakibatkan Kemusnahan di Kepulauan Hawaii, Amerika Syarikat

TERKINI—Kebakaran Liar Mengakibatkan Kemusnahan di Kepulauan Hawaii, Amerika Syarikat

Pada 8 Ogos 2023, angin kencang daripada taufan di tengah laut menyebabkan kebakaran liar merebak dengan cepat di Maui, iaitu pulau yang kedua terbesar di Hawaii, Amerika Syarikat. Kebakaran ini telah memusnahkan sistem komunikasi, rumah, dan tempat perniagaan. Pihak berkuasa tempatan telah mengarahkan orang ramai di sesetengah tempat untuk berpindah. Sekurang-kurangnya 97 orang maut akibat bencana ini. Ahli bomba juga sedang memadamkan kebakaran liar yang lebih kecil di Pulau Besar Hawaii.

Maklumat berikut adalah berdasarkan laporan awal daripada saudara saudari tempatan.

Kesan terhadap Saudara Saudari

  • Sedihnya, seorang saudara yang tua terkorban akibat kebakaran liar

  • 307 penyiar terpaksa berpindah

  • 42 rumah musnah

  • 2 rumah mengalami kerosakan teruk

  • 38 rumah mengalami sedikit kerosakan

  • 1 Dewan Perjumpaan mengalami sedikit kerosakan

Bantuan yang Dihulurkan

  • Para penyelia litar dan penatua tempatan sedang memberikan sokongan rohani dan bantuan praktikal kepada mereka yang terjejas

  • Satu Jawatankuasa Bantuan Bencana telah ditubuhkan untuk menyelia kerja bantuan bencana

Kita menantikan masanya apabila Kerajaan Tuhan akan melenyapkan cuaca buruk yang telah menyebabkan ramai orang menderita pada hari-hari terakhir ini, termasuk saudara saudari kita.—Markus 4:39.