Lompat ke kandungan

28 JUN 2021
INDIA

Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu Bahasa Tamil Dikeluarkan dalam Tulisan Rumi di India

Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu Bahasa Tamil Dikeluarkan dalam Tulisan Rumi di India

Pada 27 Jun 2021, Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu bahasa Tamil telah dikeluarkan dalam tulisan Rumi. Program virtual ini disiarkan kepada saudara saudari yang berbahasa Tamil, yang tinggal di 16 negara.

Maklumat Menarik

  • Sebanyak 85 juta orang di serata dunia dianggarkan menutur bahasa Tamil

  • Lebih daripada 20,500 penyiar berkhidmat di 334 sidang Tamil dan 32 kumpulan

  • 5 penterjemah telah bekerja selama 6 bulan untuk menyiapkan projek ini

Terjemahan Dunia Baharu dalam tulisan Tamil telah dikeluarkan pada September 2016. Bible ini membawa berkat yang besar kepada semua yang berbahasa Tamil di seluruh pelosok dunia. Namun, sesetengah penutur bahasa Tamil susah membaca tulisan Tamil dan lebih suka membaca tulisan Rumi.

Mengenai pembelajaran Bible peribadi, seorang penterjemah menjelaskan, “Saya bergelut untuk membaca tulisan Tamil dan perlu bergantung pada terjemahan bahasa Inggeris. Bible tulisan Rumi ini akan banyak membantu saya.”

Kita pasti bahawa terjemahan Bible ini akan membantu ramai saudara saudari untuk ‘baca dan renungkan’ Firman Tuhan, serta mendapat sukacita dan kejayaan dalam kehidupan dan kerja menginjil.—Yosua 1:8.