Lompat ke kandungan

Saudara Geoffrey Jackson mengumumkan pengeluaran Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Batak Toba

4 DISEMBER 2020
INDONESIA

Saksi-Saksi Yehuwa Mengeluarkan Terjemahan Dunia Baharu yang Lengkap dalam Empat Bahasa Peribumi di Indonesia

Saksi-Saksi Yehuwa Mengeluarkan Terjemahan Dunia Baharu yang Lengkap dalam Empat Bahasa Peribumi di Indonesia

Pada 28 November 2020, Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu yang lengkap dikeluarkan dalam bentuk cetakan dan elektronik dalam bahasa Batak Karo, Batak Toba, Jawa, dan Nias. Saudara Geoffrey Jackson, seorang ahli Badan Pimpinan mengumumkan pengeluaran semua Bible ini dalam sebuah program istimewa yang dirakamkan. Ceramah ini disiarkan kepada semua sidang di Indonesia. Sekitar 41,265 orang telah menonton program ini. Sewaktu program ini, Saudara Jackson juga mengumumkan bahawa Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Sunda akan dikeluarkan tidak lama lagi dalam bentuk elektronik.

Para penterjemah telah bekerja keras selama lebih daripada tiga tahun setengah untuk menghasilkan semua Bible ini. Lebih daripada 100 juta orang boleh menuturkan sekurang-kurangnya satu daripada empat bahasa peribumi ini. Tambahan lagi, lebih daripada 2,600 orang penyiar menggunakan bahasa-bahasa ini semasa menginjil dan semasa perjumpaan mereka.

Pembaca sekarang tidak biasa dengan ejaan dan bahasa lama yang digunakan dalam banyak terjemahan Bible. Seorang penterjemah mengatakan, “Bible Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu yang moden dan lengkap ini meyakinkan saya bahawa Tuhan Yehuwa mahu semua orang mendengar Firman-Nya dalam bahasa yang mudah difahami dan yang mencapai hati mereka.”

Daniel Purnomo, seorang ahli Jawatankuasa Cawangan Indonesia berkata, “Kita hidup pada masa yang susah, terutamanya kerana pandemik COVID-19. Saudara saudari yang menuturkan bahasa ini pasti sangat menghargai kurniaan ini yang diberikan tepat pada masanya.”

Kita sangat bersyukur kerana Yehuwa telah mengurniakan Firman-Nya kepada lebih banyak orang. Kita berharap lebih ramai orang yang menuturkan bahasa-bahasa peribumi ini akan meraih manfaat daripada ajaran Bible.—Yakobus 1:17.