Lompat ke kandungan

17 OGOS 2020
MEXICO

Taufan Hanna Melanda Mexico

Taufan Hanna Melanda Mexico

Lokasi

Tamaulipas dan Nuevo León, Mexico

Bencana

  • Taufan Hanna telah mereda dan menjadi ribut tropika lalu melanda timur laut Mexico pada 26 Julai 2020. Ribut tropika ini menyebabkan banjir yang teruk

Kesan terhadap saudara saudari

  • Di kawasan Nuevo León, 14 buah keluarga terpaksa berpindah sebelum ribut melanda

  • Di bandar Reynosa, Tamaulipas, 100 orang penyiar harus berpindah

Kerosakan rumah dan harta

  • 21 buah rumah di Nuevo León mengalami kerosakan

  • 117 buah rumah di Tamaulipas mengalami kerosakan

Bantuan yang dihulurkan

  • Pejabat cawangan Amerika Tengah telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bantuan Bencana

  • Para penyelia litar dan penatua di kawasan yang terjejas membuat aturan untuk membersih dan membasmi kuman di rumah-rumah yang dilanda banjir

  • Di Nuevo León, kebanyakan saudara saudari telah pulang ke rumah masing-masing

  • Di Tamaulipas, sidang-sidang di situ menyediakan makanan dan pakaian bagi mangsa bencana

Kita bersyukur kepada Yehuwa kerana tiada saudara saudari yang tercedera akibat bencana ini. Aturan untuk membantu mangsa bencana menunjukkan bahawa Bapa kita yang di syurga dan umat-Nya ‘selalu bersedia menolong pada masa kesusahan.’—Mazmur 46:1.