2 NOVEMBER 2023
MEXICO
Taufan Otis Membadai Bahagian Barat Daya Mexico
Pada 25 Oktober 2023, Taufan Otis melanda bahagian barat daya Mexico berdekatan bandar Acapulco. Taufan ini mencapai tahap Kategori 5 dengan lebih cepat berbanding taufan lain yang pernah berlaku di kawasan itu. Akibatnya, hujan lebat, banjir yang teruk, dan kelajuan angin lebih daripada 265 kilometer sejam telah menyebabkan banyak kemusnahan. Banyak bangunan dan jalan raya mengalami kerosakan teruk. Selain itu, ribuan orang terjejas akibat bekalan elektrik yang terputus. Sekurang-kurangnya 45 orang dilaporkan terkorban.
Maklumat berikut adalah berdasarkan laporan awal daripada saudara saudari tempatan.
Kesan terhadap Saudara Saudari
Tiada saudara saudari terkorban atau tercedera
Lebih daripada 10,000 saudara saudari tinggal di kawasan yang terjejas
1 Dewan Perhimpunan di Acapulco mengalami kerosakan teruk
Bantuan yang Dihulurkan
Para penyelia litar dan penatua tempatan sedang memberikan sokongan rohani dan bantuan praktikal kepada mereka yang tinggal di kawasan bencana
4 wakil pejabat cawangan Amerika Tengah melawat saudara saudari yang terjejas untuk memberikan sokongan dan galakan
Satu Jawatankuasa Bantuan Bencana telah ditubuhkan untuk mengatur kerja bantuan bencana
Kita berdoa agar Yehuwa terus memberikan kedamaian dan kelegaan kepada saudara saudari kita yang terjejas akibat Taufan Otis.—Filipi 4:6, 7.