Lompat ke kandungan

2 OKTOBER 2023
MOZAMBIQUE

Bible—Berita Baik Menurut Matius Dikeluarkan dalam Bahasa Lolo

Bible—Berita Baik Menurut Matius Dikeluarkan dalam Bahasa Lolo

Pada 22 September 2023, Saudara Charles Fonseca, seorang ahli Jawatankuasa Cawangan Mozambique, telah mengeluarkan Bible—Berita Baik Menurut Matius dalam bahasa Lolo. Pengeluaran ini diumumkan semasa Konvensyen Serantau 2023 “Teruslah Bersabar!” di Sapemo, Zambezia. Sebanyak 3,680 orang telah menghadirinya dan menerima edisi cetakan Bible ini. Edisi digital dan audio juga tersedia untuk dimuat turun.

Kira-kira 330,000 penutur bahasa Lolo tinggal di Mozambique. Jumlah ini termasuk hampir 750 saudara saudari yang berkhidmat di 17 sidang dan 3 kumpulan bahasa Lolo. Setelah menerima Bible ini, seorang saudara kata, “Selama ini, kami ingin sekali membaca Bible dalam bahasa kami. Hadiah daripada Yehuwa ini sangat menyentuh hati kami!”

Kita turut bersukacita dengan saudara saudari kita yang menuturkan bahasa Lolo di Mozambique dan bersyukur kepada Yehuwa atas kurniaan ini.—Matius 7:11.