Lompat ke kandungan

29 JUN 2021
MOZAMBIQUE

Pengeluaran Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu dalam Bahasa Nyungwe

Pengeluaran Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu dalam Bahasa Nyungwe

Pada 27 Jun 2021, Saudara Adão Costa, ahli Jawatankuasa Cawangan Mozambique, mengumumkan pengeluaran Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Nyungwe. Dalam sebuah rakaman program yang disiarkan kepada lebih daripada 2,600 penyiar, Bible ini telah dikeluarkan dalam bentuk digital. Program tersebut juga telah disiarkan oleh sebuah stesen televisyen kebangsaan dan pelbagai stesen radio tempatan.

Maklumat Menarik

  • Bahasa Nyungwe digunakan terutamanya di Wilayah Tete, barat laut Mozambique

  • 400,000 orang dianggarkan menutur bahasa Nyungwe

  • Seramai 6 penterjemah telah mengambil masa 2 tahun untuk menyempurnakan terjemahan ini

Saudara Costa menjelaskan, “Untuk banyak tahun, Bible tidak tersedia dalam bahasa Nyungwe. Jadi, saudara saudari yang berbahasa Nyungwe terpaksa menggunakan Bible kita dalam bahasa Chichewa. Ini membawa cabaran kerana banyak ungkapan dan perkataan Chichewa sering disalah faham.”

Sebelum pengeluaran Bible tersebut, seorang penterjemah berkata, “Para penyiar pasti berbesar hati semasa menerima Bible ini. Bagi mereka, ini bagaikan mimpi, sebuah mukjizat daripada Yehuwa. Mereka akan sangat berterima kasih kepada Yehuwa.”

Kita berdoa semoga terjemahan ini membantu lebih ramai orang yang berhati jujur mendapat manfaat daripada mesej Bible.—Wahyu 22:17.