Lompat ke kandungan

Bangunan Palacio de las Cortes di Madrid, Sepanyol, iaitu tempat ahli majlis perundangan berkumpul

24 MEI 2023
SEPANYOL

Saksi-Saksi Yehuwa di Sepanyol Layak Mendapat Pengecualian Cukai

Saksi-Saksi Yehuwa di Sepanyol Layak Mendapat Pengecualian Cukai

Pada 26 April 2023, kerajaan Sepanyol telah membuat perubahan bagi undang-undang berkenaan cukai. Perubahan ini telah membawa kesan yang positif terhadap Saksi-Saksi Yehuwa di Sepanyol.

Pertama, organisasi Saksi-Saksi Yehuwa tidak lagi perlu membayar cukai hartanah bagi bangunan teokratik di negara itu. Kedua, mereka di Sepanyol yang memberikan sumbangan kewangan kepada kegiatan para Saksi layak mendapat potongan cukai. Ketiga, perubahan ini juga menunjukkan bahawa Saksi-Saksi Yehuwa ialah suatu organisasi “agama yang dikenali,” seperti yang dinyatakan oleh Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah.

Saudara Joan Comas (kiri), seorang wakil pejabat cawangan Saksi-Saksi Yehuwa di Sepanyol bersama Encik Félix Bolaños (kanan), seorang menteri dari Ministry of the Presidency

Sejak Jun 2006, Saksi-Saksi Yehuwa di Sepanyol telah mendapat pengiktirafan sah sebagai sebuah organisasi agama. Walaupun demikian, para Saksi tidak mendapat pengecualian cukai yang diberikan kepada organisasi agama lain di Sepanyol. Maka, para saudara berusaha membuat permohonan agar Saksi-Saksi Yehuwa mendapat hak yang sama dengan agama lain. Tanpa disangka, pegawai kementerian (Ministry of the Presidency) telah mengundang wakil Saksi-Saksi Yehuwa ke sebuah mesyuarat pada 24 April 2023. Semasa mesyuarat itu, para saudara dimaklumkan mengenai perubahan yang akan dibuat kepada undang-undang mengenai cukai, dan bahawa perkembangan ini mempengaruhi organisasi para Saksi. Dua hari kemudian, iaitu pada 26 April 2023, ahli majlis perundangan (Congress of Deputies) telah meluluskan undang-undang baharu tersebut. Undang-undang baharu ini dijangka akan berkuat kuasa secara rasmi pada Jun 2023.

Keputusan ini sememangnya menjunjung hak kebebasan beragama bagi Saksi-Saksi Yehuwa di Sepanyol. Kita amat bersukacita atas perkembangan baik ini.—Filipi 1:7.