Lompat ke kandungan

Ruang pameran jw.org di Pameran Perdagangan Antarabangsa Zimbabwe menarik perhatian ramai pengunjung

13 JUN 2023
ZIMBABWE

Mencapai Pelbagai Orang di Pameran Perdagangan Antarabangsa Zimbabwe 2023

Mencapai Pelbagai Orang di Pameran Perdagangan Antarabangsa Zimbabwe 2023

Pada 25-29 April 2023, Pameran Perdagangan Antarabangsa Zimbabwe (ZITF) telah diadakan di Bulawayo, Zimbabwe. ZITF ialah salah satu pameran yang terbesar di negara ini dengan 500 peserta pameran dari 22 negara. Lebih daripada 60,000 orang telah mengunjungi pameran tersebut. Saksi-Saksi Yehuwa juga menyertai acara ini di bawah kategori latihan dan pendidikan.

Bahan terbitan Bible disediakan dalam 10 bahasa termasuk Bahasa Isyarat Zimbabwe untuk para pengunjung yang datang dari pelbagai negara. Kursus perbincangan Bible juga ditawarkan kepada mereka yang berminat. Hasilnya, lebih daripada 12,000 bahan bacaan Bible telah diedarkan dan lebih daripada 450 orang telah mohon untuk dikunjungi oleh Saksi-Saksi Yehuwa. Saudari Eucebiah Mukura yang menyambut pengunjung di ruang pameran kata, “Ramai orang ingin menerima kursus perbincangan Bible percuma yang ditawarkan. Hati saya sangat tersentuh untuk dengar bahawa mereka menanti-nantikan kunjungan daripada para Saksi.”

Bible Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu juga disediakan di pameran kita. Apabila seorang wanita mendengar seseorang membaca Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Ndebele, dia rasa kagum dengan terjemahannya yang jelas dan minta satu salinan Bible itu. Seorang lagi wanita muda sangat teruja dan tunjukkan aplikasi JW Library yang dimuat turun ke dalam telefonnya. Dia beritahu saudari kita bahawa dia inginkan satu salinan Terjemahan Dunia Baharu.

Saudari Gillian Ellerman, yang membantu para pengunjung kata, “Saya sangat gembira dan teruja dapat menyertai acara ini. Orang ramai tidak henti-henti mengunjungi ruang pameran kami. Hal ini pasti membawa banyak pujian kepada Yehuwa!”

Kita sangat digalakkan untuk lihat saudara saudari kita di Zimbabwe menggunakan setiap peluang untuk kongsi “pengetahuan yang tepat tentang kebenaran” kepada semua orang.—1 Timotius 2:4.