Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Dilema Seorang Pelajar

Dilema Seorang Pelajar

Peter sangat gementar. Gurunya baru habis menjelaskan bagaimana Charles Darwin dan teori evolusinya menyumbang kepada kemajuan sains dan membebaskan manusia daripada kepercayaan karut. Sekarang, gurunya jemput para pelajar untuk mengongsi pandangan mereka tentang topik ini.

Peter rasa sangat bingung. Selama ini, ibu bapanya telah mengajarnya bahawa Tuhan menciptakan bumi dan semua hidupan. Mereka kata ajaran penciptaan dalam Bible berasas dan tepat, manakala teori evolusi tidak dapat dibuktikan. Ajaran mana satu yang harus Peter percaya?

Inilah situasi yang berlaku di banyak sekolah di serata dunia. Apakah yang patut dilakukan oleh pelajar seperti Peter? Sudah pasti mereka tidak patut mempercayai sesuatu tanpa mengkaji bukti-buktinya terlebih dahulu.

Bible menasihati kita agar tidak menerima apa-apa ajaran secara membabi buta. Bible kata, “Orang yang tidak berpengalaman percaya kepada setiap kata orang, tetapi orang yang bijak merenungkan setiap langkahnya.” (Amsal 14:15) Selain itu, orang Kristian digalakkan untuk menggunakan “daya pemikiran” dan membuktikan kepada diri sendiri sama ada apa yang diajarkan betul atau tidak.​—Roma 12:1, 2.

Apakah tujuan brosur ini? Tujuannya bukan untuk menyokong kumpulan agama yang mahu topik penciptaan diajarkan di sekolah. Sebaliknya, brosur ini menggalakkan para pembaca untuk mengkaji sama ada ajaran penciptaan boleh dipercayai atau sama ada kehidupan muncul secara kebetulan.

Anda akan bertumpu kepada sel dan belajar fakta-fakta menarik tentang pembentukan sel kerana inilah unit asas kehidupan. Anda juga akan mengkaji sama ada “bukti” yang menyokong teori evolusi benar-benar berasas.

Sebenarnya, setiap manusia patut tahu kebenaran tentang asal usul kehidupan. Semoga maklumat dalam brosur ini membantu anda lihat bukti bahawa kehidupan memang telah diciptakan.