Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Mengapakah Anda Patut Menyelidiki Bible?

Mengapakah Anda Patut Menyelidiki Bible?

Adakah anda tahu apa yang terkandung dalam Bible? Bible merupakan karya unik yang terlaris dalam sejarah manusia. Orang daripada pelbagai bangsa dan kebudayaan mendapati bahawa mesej yang terkandung dalam Bible merupakan sumber harapan dan penawar hati. Mereka juga mendapati nasihat dalam Bible sesuai diamalkan dalam kehidupan seharian. Namun, kini banyak orang kurang berpengetahuan tentang Bible. Tidak kira sama ada anda mempunyai agama sendiri atau tidak, anda mungkin ingin tahu apa yang terkandung dalam Bible. Brosur ini disediakan khas untuk membantu anda mendapat pengetahuan dasar tentang apa yang terkandung dalam Bible.

SEBELUM anda mula membaca Bible, adalah baik jika anda tahu serba sedikit tentang bagaimana buku ini disusun. Bible juga dikenali sebagai Kitab Suci, dan terdiri daripada 66 buah buku atau bahagian. Buku yang pertama ialah Kejadian, dan buku yang terakhir ialah Wahyu.

Siapakah pengarang Bible? Soalan ini telah menarik minat ramai orang. Pada hakikatnya, Bible ditulis oleh kira-kira 40 orang lelaki, dan usaha ini memakan masa lebih daripada 1,600 tahun. Walau bagaimanapun, penulis-penulis ini tidak mendakwa bahawa mereka merupakan pengarang Bible. Salah seorang penulis Bible menyatakan, “Semua yang tertulis di dalam Alkitab diilhami oleh [Tuhan].” (2 Timotius 3:16) Seorang lagi penulis telah menyatakan, ‘Roh Yehuwa berfirman melalui aku; firman-Nya ada pada bibirku.’ (2 Samuel 23:2) Maka, penulis-penulis ini menunjukkan bahawa Pengarang Bible ialah Tuhan Yehuwa, iaitu Pemerintah Alam Semesta Yang Tertinggi. Mereka menyatakan bahawa Tuhan ingin manusia menghampiri-Nya.

Untuk memahami Bible, terdapat satu lagi perkara penting yang anda perlu ketahui. Seluruh Bible dikaitkan oleh satu tema, iaitu pembuktian hak Yehuwa untuk memerintah manusia melalui Kerajaan-Nya di syurga. Dalam muka-muka surat yang berikut, anda akan melihat bagaimana tema ini dikaitkan dari buku Kejadian hingga buku Wahyu.

Berdasarkan apa yang disebut di atas, marilah kita menyelidiki mesej yang terkandung dalam Bible, buku yang paling popular di dunia.

^ per. 9 Dalam brosur ini, singkatan M merujuk kepada tahun “Masihi,” manakala singkatan SM merujuk kepada tahun “Sebelum Masihi.” Anda akan melihat singkatan ini dalam carta aliran masa di bawah setiap muka surat.