Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Pupuk Pandangan Yehuwa terhadap Diri Sendiri

Pupuk Pandangan Yehuwa terhadap Diri Sendiri

Bible kata, “Yehuwa berkenan kepada umat-Nya.” (Mz 149:4) Walaupun kita tidak sempurna, Yehuwa melihat sifat-sifat baik kita dan potensi dalam diri kita. Tapi kadangkala, kita mungkin tidak mempunyai pandangan yang seimbang terhadap diri sendiri. Kita rasa tidak berguna apabila dilayan dengan buruk atau kerana terlalu berfokus kepada kesilapan lampau kita. Apabila kita dilanda perasaan sebegini, kita mungkin mula ragu-ragu sama ada Yehuwa mengasihi kita atau tidak. Apakah yang dapat bantu kita mengatasi perasaan sebegini?

Kita boleh mengkaji Bible untuk mengetahui pandangan Yehuwa terhadap diri kita. Ingatlah bahawa pandangan Yehuwa jauh lebih luas dan amat berbeza daripada pandangan kita. (1Sa 16:7) Sebenarnya, Dia lebih mengenali kita berbanding daripada kita mengenali diri sendiri. Melalui ayat-ayat Bible dan kisah hamba Tuhan, kita dapat belajar betapa dalamnya kasih Yehuwa terhadap umat-Nya.

SILA LIHAT VIDEO MEYAKINKAN HATI ANDA DI HADAPAN YEHUWA. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Daripada contoh seorang pelari dan bapanya, apakah yang kita belajar tentang pandangan Yehuwa terhadap kita?

  • Jika seseorang yang telah melakukan dosa serius berusaha membaiki hubungannya dengan Yehuwa, bagaimanakah dia dapat meyakinkan hatinya bahawa Yehuwa masih mengasihinya?—1Yo 3:19, 20.

  • Apakah manfaat yang diraih saudara dalam video ini apabila dia membaca dan merenungkan kisah Daud dan Yehosafat?