Lompat ke kandungan

TOPIK UTAMA

Apakah Pandangan Tuhan tentang Perang?

Apakah Pandangan Tuhan tentang Perang?

Apakah jawapan anda kepada soalan ini? Banyak orang fikir Tuhan menyokong peperangan kerana pada zaman dulu, Dia mengarahkan umat-Nya untuk pergi berperang. Tapi orang lain pula kata Tuhan tidak lagi menyokong perang kerana semasa Anak-Nya Yesus di bumi, dia telah mengajar pengikutnya untuk mengasihi musuh mereka. (Matius 5:43, 44) Jadi mereka fikir bahawa pandangan Tuhan telah berubah.

Bagaimana pula dengan anda? Memang penting untuk mengetahui pandangan Tuhan kerana ini mempengaruhi pandangan anda sendiri terhadap peperangan. Contohnya, kalau Tuhan menggalakkan perang dan sedang membantu pihak yang anda sokong, sudah pasti anda yakin bahawa anda akan menang. Tapi kalau Tuhan menyokong pihak lawan, barangkali anda akan mengubah pendirian anda.

Fikirkan juga isu yang lebih penting, iaitu pandangan kita terhadap Tuhan. Memang tidak dapat dinafikan peperangan telah menyebabkan jutaan orang menderita. Jadi jika Tuhan suka berperang dan tidak kisah tentang penderitaan yang disebabkan oleh perang, bukankah hal ini menunjukkan bahawa Dia tidak prihatin terhadap orang yang ditindas? Sememangnya, jawapan kepada soalan ini amat penting kerana dapat mempengaruhi hubungan kita dengan Tuhan.

Semasa mengkaji jawapan Bible, anda akan mendapati pandangan Tuhan sebenarnya tidak pernah berubah. Jadi mari kita lihat apa yang Bible katakan tentang pandangan Tuhan terhadap perang pada zaman orang Israel kuno dan pada masa Yesus berada di bumi. Dengan berbuat demikian, kita akan tahu pandangan Tuhan terhadap perang pada zaman ini dan pada masa depan.