Lompat ke kandungan

Mengapakah Saksi-Saksi Yehuwa Tidak Menggunakan Salib dalam Penyembahan?

Mengapakah Saksi-Saksi Yehuwa Tidak Menggunakan Salib dalam Penyembahan?

 Ramai orang memandang salib sebagai simbol utama agama Kristian. Walaupun Saksi-Saksi Yehuwa adalah orang Kristian, kami tidak menggunakan salib. Mengapa?

 Salah satu sebab adalah kerana Bible menunjukkan bahawa Yesus mati di atas sebatang tiang biasa, dan bukannya atas salib. Selain itu, Bible juga menegaskan orang Kristian untuk ‘menjauhkan diri daripada penyembahan berhala.’ Hal ini merangkumi penggunaan salib.​—1 Korintus 10:14; 1 Yohanes 5:​21.

 Yang penting sekali, Yesus mengatakan, ‘Jika kamu saling mengasihi, semua orang akan tahu bahawa kamu pengikut-pengikutku.’ (Yohanes 13:34, 35, ABB) Kata-kata Yesus menunjukkan bahawa sifat kasih adalah tanda utama orang Kristian, bukannya salib atau lambang yang lain.