Ayub 42:1-17

  • Ayub berkata-kata kepada Yehuwa (1-6)

  • Tiga orang sahabat Ayub dihakimi (7-9)

  • Yehuwa memulihkan keadaan Ayub (10-17)

    • Anak-anak lelaki dan perempuan Ayub (13-15)

42  Kemudian Ayub berkata kepada Yehuwa,   “Sekarang aku tahu bahawa Engkau dapat melakukan segala sesuatu.Tidak ada apa-apa yang dapat menghalang Engkau daripada melaksanakan kehendak-Mu.+   Engkau berfirman, ‘Siapakah ini yang mencuba menimbulkan keraguan terhadap firman-Ku, dan berkata-kata tanpa pengetahuan?’+ Sesungguhnya, aku telah berkata-kata tentang perkara yang terlalu menakjubkan bagiku,Padahal aku tidak tahu dan tidak mengerti apa-apa.+   Engkau berfirman, ‘Dengarlah dan Aku akan bercakap kepadamu. Aku akan bertanya kepadamu, dan engkau mesti menjawab.’+   Dahulu aku hanya mendengar tentang Engkau,Tetapi kini aku sendiri melihat Engkau.   Itulah sebabnya aku menarik kembali segala kata-kataku,+Dan dengan menyesal aku duduk dalam debu dan abu.”+  Selepas Yehuwa selesai berfirman kepada Ayub, Yehuwa berfirman kepada Elifas orang Teman itu, “Aku murka terhadapmu dan kedua-dua orang sahabatmu,+ kerana kamu semua tidak mengatakan apa yang benar tentang Aku,+ seperti yang dilakukan oleh hamba-Ku Ayub.  Sekarang bawalah tujuh ekor lembu jantan dan tujuh ekor bebiri jantan kepada hamba-Ku Ayub, lalu persembahkanlah korban bakar bagi dosa kamu sendiri. Kemudian hamba-Ku Ayub akan berdoa bagi pihak kamu,+ dan Aku pasti akan mendengarkan permohonannya. Dengan demikian, meskipun kamu tidak mengatakan apa yang benar tentang Aku, seperti yang dilakukan oleh hamba-Ku Ayub, Aku tidak akan menghukum kamu atas kebodohan kamu itu.”  Maka Elifas orang Teman, Bildad orang Suah, dan Zofar orang Naama, melakukan apa yang diperintahkan oleh Yehuwa, lalu Yehuwa mengabulkan doa Ayub. 10  Setelah Ayub berdoa bagi pihak sahabat-sahabatnya,+ Yehuwa menyingkirkan penderitaan Ayub+ dan memulihkan keadaan Ayub sehingga dia hidup makmur semula. Yehuwa memberinya kekayaan dua kali ganda daripada yang pernah dimilikinya.+ 11  Semua saudara lelaki dan saudara perempuan Ayub, serta semua sahabat lamanya+ datang ke rumahnya lalu menjamu selera bersamanya. Yehuwa telah membiarkan banyak kesusahan menimpa Ayub, maka mereka semua bersimpati terhadapnya dan menghiburkan hatinya. Tiap-tiap seorang daripada mereka memberinya sekeping wang perak dan sebentuk cincin emas. 12  Yehuwa memberkati Ayub dengan lebih berlimpah-limpah pada akhir hidupnya.+ Ayub memiliki 14,000 ekor bebiri, 6,000 ekor unta, 2,000 ekor lembu, dan 1,000 ekor keldai betina.+ 13  Selain itu, dia mendapat tujuh orang anak lelaki dan tiga orang anak perempuan lagi.+ 14  Dia menamakan anak perempuannya yang sulung Yemima, yang kedua Kezia, dan yang bongsu Keren-hapukh. 15  Tiada gadis di seluruh negeri yang secantik anak-anak perempuan Ayub. Ayub mewariskan hartanya kepada mereka bersama dengan saudara-saudara lelaki mereka. 16  Selepas itu, Ayub hidup selama 140 tahun lagi dan dia dapat melihat cucu-cicitnya sehingga generasi yang keempat. 17  Akhirnya, Ayub meninggal setelah menikmati umur yang panjang. Dia sangat puas hati dengan kehidupannya.

Nota Kaki