Kisah Para Rasul 24:1-27

  • 24 Tuduhan terhadap Paulus (1-9)

  • Paulus membela diri di hadapan Feliks (10-21)

  • Perbicaraan Paulus ditangguhkan selama dua tahun (22-27)

24  Lima hari kemudian, Imam Agung Ananias+ pergi ke Kaisarea bersama beberapa orang pemimpin masyarakat Yahudi dan seorang peguam yang bernama Tertulus. Mereka menghadap Gabenor Feliks untuk mengemukakan tuduhan terhadap Paulus.+  Ketika Tertulus dipanggil, dia mula menuduh Paulus. Dia berkata, “Tuan Feliks Yang Terutama! Di bawah pimpinan tuan, kami menikmati kesejahteraan yang melimpah kerana tuan selalu berpandangan jauh dan membawa banyak perubahan kepada bangsa ini.  Di mana-mana dan pada bila-bila masa pun, kami mengakui dan sangat menghargai semua hal ini.  Supaya tidak membuang lebih banyak masa tuan, aku merayu agar tuan bersabar dan mendengar sebentar apa yang ingin kami katakan.  Kami mendapati bahawa lelaki ini membawa masalah+ dan menghasut orang Yahudi di seluruh bumi agar memberontak.+ Selain itu, dia merupakan pemimpin kumpulan agama orang Nasaret.+  Dia juga mencuba untuk menajiskan Rumah Tuhan, maka kami menangkapnya.+ 7 * ——  Jika tuan menyoal dia, tuan sendiri dapat mengetahui bahawa semua tuduhan kami ini benar.”  Lalu orang Yahudi di situ turut melontarkan tuduhan terhadap Paulus dan menegaskan bahawa perkara-perkara itu memang benar. 10  Apabila gabenor itu mengangguk untuk menunjukkan bahawa Paulus boleh bercakap, Paulus berkata, “Aku tahu bahawa tuan sudah menjadi hakim bagi bangsa ini selama bertahun-tahun. Oleh itu, aku senang hati untuk membela diri.+ 11  Seperti yang dapat tuan pastikan sendiri, aku pergi ke Yerusalem untuk beribadat tidak lebih daripada 12 hari yang lalu.+ 12  Mereka tidak mendapati aku bertengkar dengan sesiapa pun di Rumah Tuhan ataupun memulakan rusuhan, baik di rumah ibadat mahupun di seluruh kota. 13  Malah mereka tidak dapat membuktikan tuduhan yang dilontarkan oleh mereka terhadapku sekarang. 14  Namun, mengenai ‘kumpulan agama’ yang disebut oleh mereka, aku mengakui bahawa aku memang mengikut ajaran ‘kumpulan agama’ itu semasa memberikan khidmat suci kepada Tuhan nenek moyangku,+ kerana aku percaya akan semua yang tertulis dalam Hukum dan Ajaran Para Nabi.+ 15  Seperti mereka, aku memiliki harapan bahawa Tuhan akan membangkitkan+ orang yang baik dan orang yang tidak baik.+ 16  Oleh itu, aku sentiasa berusaha untuk memiliki hati nurani yang bersih* di hadapan Tuhan dan di hadapan manusia.+ 17  Bertahun-tahun kemudian, aku kembali ke Yerusalem untuk membawa sumbangan+ bagi bangsaku dan untuk mempersembahkan korban kepada Tuhan. 18  Semasa aku menguruskan perkara-perkara itu, mereka nampak aku di Rumah Tuhan setelah aku menjalankan upacara penyucian diri.+ Pada masa itu, tidak ada orang ramai yang menyertai aku dan tidak ada kekacauan yang berlaku di situ. Namun beberapa orang Yahudi dari daerah Asia 19  telah menuduh aku. Sebenarnya, jika mereka mempunyai tuduhan terhadap aku, mereka sepatutnya menghadap tuan untuk mengemukakan tuduhan mereka.+ 20  Atau, suruhlah mereka yang berada di sini untuk memberitahu tuan kesalahanku yang dilihat oleh mereka semasa aku dihadapkan kepada Majlis Orang Yahudi. 21  Andai kata aku bersalah, mereka boleh menuduh aku atas satu alasan sahaja: Semasa aku diadili oleh Majlis Orang Yahudi, aku telah berseru, ‘Hari ini aku diadili di hadapan kamu semua kerana aku percaya bahawa orang mati akan dibangkitkan!’”+ 22  Namun Feliks, yang mempunyai banyak pengetahuan tentang Haluan Tuan,+ menangguhkan perbicaraan itu dengan berkata, “Apabila ketua pasukan tentera yang bernama Lisias datang, aku akan membuat keputusan tentang perkara-perkara ini.” 23  Kemudian dia memberikan arahan kepada pegawai tentera supaya menahan Paulus. Namun, Paulus diberi sedikit kebebasan, dan sahabat-sahabatnya tidak dilarang daripada memberikan apa yang diperlukannya. 24  Beberapa waktu kemudian, Feliks datang bersama isterinya, Drusila, yang berbangsa Yahudi. Feliks menyuruh orang memanggil Paulus, kemudian Feliks mendengarkan Paulus berkata-kata tentang kepercayaan kepada Kristus Yesus.+ 25  Tetapi semasa dia bercakap tentang tingkah laku yang benar, sikap mengawal diri, dan penghakiman yang bakal tiba,+ Feliks menjadi takut dan berkata, “Kamu boleh pergi sekarang. Apabila ada peluang, aku akan menyuruh orang untuk memanggilmu lagi.” 26  Namun pada masa yang sama, dia berharap Paulus akan memberinya wang. Oleh sebab itu, dia memanggilnya dengan lebih kerap lagi dan bercakap dengannya. 27  Setelah dua tahun berlalu, Perkius Festus menggantikan Feliks sebagai gabenor. Pada masa itu, Paulus masih dipenjarakan kerana Feliks ingin mengambil hati orang Yahudi.+

Nota Kaki

Atau “yang tidak bersalah.”