Surat kepada Sidang di Roma 16:1-27

  • Paulus memperkenalkan Fibi (1, 2)

  • Salam kepada orang Kristian di Roma (3-16)

  • Amaran tentang perpecahan (17-20)

  • Salam daripada rakan sekerja Paulus (21-24)

  • Rahsia suci disingkapkan (25-27)

16  Aku ingin memperkenalkan kepada kamu saudari kita, Fibi, yang berkhidmat di sidang di Kenkrea.+  Sambutlah dia sebagai salah seorang rakan seiman yang percaya kepada Tuan Yesus. Sambutlah dia sebagaimana kamu menyambut umat suci Tuhan. Bantulah dia jika dia memerlukan apa-apa bantuan,+ kerana dia sudah membantu banyak orang, termasuk aku sendiri.  Sampaikan salamku kepada Priska dan Akwila,+ yang bekerja bersama-samaku untuk Kristus Yesus.  Mereka mempertaruhkan nyawa untuk menyelamatkan aku.+ Bukan aku sahaja, tetapi semua orang dalam sidang bangsa-bangsa lain juga berterima kasih kepada mereka.  Sampaikan salam kepada sidang yang berkumpul di rumah mereka.+ Sampaikan salam kepada Epenetus yang aku kasihi. Dia merupakan salah seorang pengikut Kristus yang pertama di Asia.  Sampaikan salam kepada Maria yang sudah bekerja keras bagi kamu.  Sampaikan salam kepada sanak saudaraku,+ Andronikus dan Yunias, yang pernah dipenjarakan bersamaku. Mereka dipandang tinggi oleh rasul-rasul dan mereka lebih lama menjadi pengikut Kristus daripada aku.  Sampaikan salamku kepada Ampliatus yang aku kasihi, dan yang mengikut Tuan Yesus.  Sampaikan salam kepada Urbanus, yang bekerja bersama-sama kita untuk Kristus, dan kepada Stakhis yang aku kasihi. 10  Sampaikan salam kepada Apeles, yang setia kepada Kristus. Sampaikan salam kepada seisi rumah tangga Aristobulus. 11  Sampaikan salam kepada Herodion, salah seorang sanak saudaraku. Sampaikan salam kepada seisi rumah tangga Narkisus yang mengikut Tuan Yesus. 12  Sampaikan salam kepada Trifena dan Trifosa, wanita-wanita yang bekerja keras untuk Tuan Yesus. Sampaikan salam kepada Persis yang kita kasihi, kerana dia sudah bekerja keras untuk Tuan Yesus. 13  Sampaikan salam kepada Rufus, hamba terpuji yang dipilih oleh Tuan Yesus, dan kepada ibunya, yang aku anggap sebagai ibuku sendiri. 14  Sampaikan salam kepada Asinkritus, Flegon, Hermes, Patrobas, Hermas, dan saudara-saudara lain yang ada bersama mereka. 15  Sampaikan salam kepada Filologus dan Yulia, kepada Nereus dan adik perempuannya,* kepada Olimpas, dan kepada semua umat suci yang ada bersama mereka. 16  Sambutlah satu sama lain dengan ciuman.* Semua orang dalam sidang Kristus menyampaikan salam mereka kepada kamu. 17  Saudara-saudara, aku menggesa kamu agar terus berwaspada terhadap mereka yang menimbulkan perpecahan dan yang menyebabkan orang lain tersandung. Perbuatan mereka berlawanan dengan apa yang sudah kamu pelajari. Jauhkanlah diri kamu daripada mereka,+ 18  kerana orang sedemikian ialah hamba kepada keinginan* sendiri, dan bukan kepada Tuan Kristus. Mereka mengampu dan menggunakan kata-kata yang manis untuk menipu orang yang naif.* 19  Kepatuhan kamu sudah diketahui semua, dan aku bersukacita bagi pihak kamu. Namun, aku mahu kamu menjadi bijaksana supaya kamu tahu apa yang baik dan tidak dinodai apa yang jahat.+ 20  Tuhan yang memberikan kedamaian akan menghancurkan Syaitan+ di bawah kaki kamu tidak lama lagi. Semoga kebaikan hati Tuan Yesus yang unggul menyertai kamu. 21  Timotius, rakan sekerjaku, mengirim salam kepada kamu. Demikian juga Lukius, Yason, dan Sosipater, sanak saudaraku.+ 22  Aku, Tertius, yang menulis surat ini bagi pihak Paulus, mengirim salam Kristian kepada kamu. 23  Gayus+ mengirim salam kepada kamu. Aku menumpang di rumahnya dan sidang juga berkumpul di rumahnya. Erastus yang merupakan bendahari kota dan adik lelakinya,* Kuartus, mengirim salam kepada kamu. 24 * —— 25  Berita baik yang aku isytiharkan dan perkhabaran tentang Yesus Kristus menunjukkan bahawa Tuhan dapat meneguhkan kamu. Berita baik ini berkaitan dengan rahsia suci+ yang telah disingkapkan. Rahsia ini tersembunyi untuk jangka masa yang sangat lama, 26  tetapi rahsia ini kini disingkapkan dan diisytiharkan dalam kalangan semua bangsa melalui Ayat-Ayat Suci yang ditulis oleh para nabi. Hal ini sesuai dengan apa yang diperintahkan oleh Tuhan yang kekal agar semua bangsa beriman dan patuh kepada-Nya. 27  Semoga satu-satunya Tuhan yang bijaksana+ dimuliakan untuk selama-lamanya melalui Yesus Kristus. Amin.

Nota Kaki

Atau mungkin, “kakaknya.” Perkataan Yunani yang digunakan boleh merujuk kepada adik perempuan atau kakak.
Harfiah, “ciuman suci.” Dahulu orang Kristian mencium satu sama lain semasa bersalaman.
Atau “perut.”
Atau “lurus hati.”
Atau mungkin, “abangnya.” Perkataan Yunani yang digunakan boleh merujuk kepada adik lelaki atau abang.