Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

PELAJARAN 15

Siapakah Yesus?

Siapakah Yesus?

Walaupun Yesus sangat terkenal, banyak orang tidak mengenalinya secara mendalam. Ada pula yang mempunyai pandangan yang berbeza-beza tentangnya. Apakah yang dikatakan dalam Bible tentang Yesus?

1. Siapakah sebenarnya Yesus?

Yesus ialah makhluk roh yang berkuasa, dan dia tinggal di syurga. Dia dipanggil “anak sulung antara semua ciptaan” kerana dialah ciptaan pertama Tuhan. (Kolose 1:15) Selain itu, Yesus dipanggil ‘Anak tunggal Tuhan’ kerana dialah satu-satunya makhluk yang diciptakan oleh Yehuwa sendiri. (Yohanes 3:16) Yesus dan Yehuwa mempunyai hubungan yang sangat rapat. Contohnya, semasa Yehuwa menciptakan segala sesuatu, Yesus berada di sisi-Nya dan membantu-Nya. (Baca Amsal 8:30.) Yesus juga dipanggil “Firman” kerana dia ialah jurucakap Tuhan dan menyampaikan kata-kata-Nya.​—Yohanes 1:14.

2. Mengapakah Yesus datang ke bumi?

Lebih daripada 2,000 tahun dahulu, Yesus telah datang ke bumi sebagai Mesias atau Kristus untuk menyelamatkan manusia. a Semua nubuat tentang Mesias telah menjadi kenyataan melaluinya. Itulah sebabnya orang tahu bahawa Yesus ialah “Kristus, Anak kepada Tuhan yang hidup.” (Matius 16:16) Bagaimanakah Yesus datang ke bumi sebagai manusia? Yehuwa menggunakan kuasa suci-Nya untuk memindahkan nyawa Yesus ke dalam rahim seorang anak dara yang bernama Maria.​—Baca Lukas 1:34, 35.

3. Di manakah Yesus sekarang?

Selepas Yesus mati, dia dibangkitkan sebagai makhluk roh ke syurga. Di situ, “Tuhan meninggikan dia kepada kedudukan yang lebih tinggi.” (Filipi 2:9) Maka, kini Yesus ialah makhluk yang kedua paling berkuasa di seluruh alam semesta.

KETAHUILAH

Belajar lebih banyak tentang Yesus dan mengapa penting untuk mengenalinya.

4. Yesus bukan Tuhan Yang Maha Kuasa

Walaupun Yesus makhluk yang berkuasa di syurga, Bible kata bahawa dia mematuhi Tuhan dan Bapanya Yehuwa. Mainkan VIDEO untuk lihat ajaran Bible tentang hal ini.

Ayat-ayat ini membantu kita memahami hubungan antara Yehuwa dengan Yesus. Baca setiap ayat, kemudian bincang soalan berikut:

Baca Lukas 1:30-32.

  • Bagaimanakah kata-kata malaikat itu menunjukkan bahawa Yesus berbeza daripada Yehuwa, “Tuhan Yang Maha Tinggi”?

Baca Matius 3:16, 17.

  • Selepas Yesus dibaptis, apakah yang dikatakan suara dari langit?

  • Pada pendapat anda, itu suara siapa?

Baca Yohanes 14:28.

  • Dalam sebuah keluarga, siapakah yang lebih tua dan berkuasa? Bapa atau anak?

  • Mengapakah Yesus memanggil Yehuwa Bapanya?

Baca Yohanes 12:49.

  • Pada pendapat anda, adakah Yesus rasa dia dan Bapanya sama?

5. Yesus ialah Mesias yang dijanjikan Tuhan

Mesias ialah orang yang dipilih oleh Tuhan untuk menyelamatkan manusia. Terdapat banyak nubuat dalam Bible yang membantu kita mengenal pasti siapa Mesias. Mainkan VIDEO untuk mengetahui beberapa nubuat yang menjadi kenyataan apabila Yesus datang ke bumi.

Lihat nubuat Bible di bawah, kemudian bincang soalan berikut:

Baca Mikha 5:2 untuk mengetahui di mana Mesias lahir. b

Baca Mazmur 34:20 dan Zakharia 12:10 untuk lihat maklumat tentang kematian Mesias.

  • Adakah nubuat ini benar-benar berlaku?​—Yohanes 19:33-37.

  • Mungkinkah Yesus mengaturkan semua ini agar berlaku seperti yang dinubuatkan?

  • Nubuat-nubuat ini membantu anda yakin tentang apa?

6. Kita mendapat manfaat kerana mengenali Yesus

Bible kata adalah penting untuk mengetahui siapa Yesus dan peranannya. Baca Yohanes 14:6 dan 17:3, kemudian bincang soalan berikut:

  • Mengapakah penting untuk mengenali Yesus?

Yesus membuka jalan supaya kita dapat menjadi sahabat Tuhan. Dia mengajar kebenaran tentang Yehuwa. Melalui Yesus, kita berpeluang mendapat kehidupan kekal

ADA ORANG KATA: “Saksi-Saksi Yehuwa tidak percaya kepada Yesus.”

  • Apakah jawapan anda?

RINGKASAN

Yesus ialah makhluk roh yang berkuasa. Dia ialah Anak Tuhan dan Mesias.

Ulang Kaji

  • Mengapakah Yesus dipanggil “anak sulung antara semua ciptaan”?

  • Apakah yang dilakukan oleh Yesus sebelum dia datang ke bumi?

  • Bagaimanakah kita tahu Yesus ialah Mesias?

Matlamat

JOM BELAJAR

Belajar tentang peranan Yesus sebagai Mesias.

“Adakah Yesus Mesias yang Dinubuatkan?” (Rencana di laman web)

Adakah Bible ajar bahawa Tuhan mempunyai seorang isteri yang melahirkan anak untuk-Nya? Lihatlah jawapannya.

“Mengapakah Yesus Dipanggil Anak Tuhan?” (Rencana di laman web)

Lihat mengapa ajaran Tritunggal bukan ajaran Bible.

“Adakah Yesus Tuhan?” (Menara Pengawal, 1 April 2009)

Lihat bagaimana kehidupan seorang wanita berubah selepas dia belajar ajaran Bible tentang Yesus.

“Seorang Wanita Yahudi Menjelaskan Mengapa Dia Mengkaji Semula Kepercayaannya” (Sedarlah!, Mei 2013)

a Kita akan membincangkan mengapa manusia perlu diselamatkan dan bagaimana Yesus menyelamatkan kita dalam pelajaran 26 dan 27.

b Lihat Penjelasan 2 untuk mengetahui nubuat tentang bila Mesias akan muncul di bumi.