Lompat ke kandungan

Mengapakah Dewan Perjumpaan Saksi-Saksi Yehuwa Tidak Dikenali Sebagai Gereja?

Mengapakah Dewan Perjumpaan Saksi-Saksi Yehuwa Tidak Dikenali Sebagai Gereja?

 Di dalam Bible, perkataan Yunani yang kadangkala diterjemahkan sebagai “gereja” bererti sekumpulan penyembah, dan bukannya merujuk kepada bangunan di mana mereka berkumpul.

 Perhatikan contoh ini: Semasa rasul Paulus menyampaikan salam kepada sepasang suami isteri Kristian yang bernama Akwila dan Priskila, dia menambah, “Salam kepada gereja yang berkumpul di rumah mereka.” (Roma 16:5, Contemporary English Version) Jelaslah, Paulus tidak menyampaikan salam kepada sebuah bangunan, tetapi kepada orang atau sidang yang berkumpul di rumah. a

 Oleh itu, kami menggunakan istilah “Dewan Perjumpaan” semasa merujuk kepada tempat penyembahan kami, dan bukannya gereja.

Mengapakah istilah “Dewan Perjumpaan Saksi-Saksi Yehuwa” digunakan?

 Istilah ini sesuai digunakan kerana:

  •   Bangunan tersebut adalah sebuah dewan, atau tempat perjumpaan.

  •   Kami berkumpul untuk menyembah Yehuwa, Tuhan yang disebut dalam Bible, dan untuk memberikan kesaksian atau keterangan tentang Dia.​—Mazmur 83:19; Yesaya 43:12.

  •   Kami juga berkumpul untuk belajar tentang Kerajaan Tuhan yang selalu diajar oleh Yesus.​—Matius 6:9, 10; 24:14; Lukas 4:43.

 Anda dialu-alukan untuk melawat Dewan Perjumpaan yang berdekatan dengan anda dan melihat sendiri cara perjumpaan Saksi-Saksi Yehuwa diadakan.

a Ungkapan yang sama juga terdapat di 1 Korintus 16:19; Kolose 4:15; dan Filemon 2.